2011-10-21

Kad Akses


Berkuatkuasa 1 November 2011, semua warga SPV dikehendaki menggunakan kad akses untuk keluar masuk. Kad akses hanya untuk mereka yang tinggal di SPV sahaja. Sebarang pertanyaan dan untuk permohonan kad akses, sila ke pejabat pengurusan SPV di blok 3

Muat turun dan isi borang permohonan dan baca syarat dan terma.

__________________________________________________________

Access card system will be enforced starting from 1 November 2011. All residents of SPV must use access card to go in/out of SPV premise.

Please download and fill the application form and read the terms and conditions

Any enquiries, please go to management office at block 3 (during office hour).

or email to spv1236 at streamyx.com

2011-10-11

Kemaskini Kutipan MMC


“Invoice Cum Statement (ICS)” bagi kutipan MMC hingga Disember 2011 sedang dicetak dan akan diposkan dalam sedikit masa lagi.

Sukacita sekiranya tuan dapat membuat pembayaran dengan seberapa segera bagi membolehkan Perbadanan ini melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang berterusan.

Pada bulan ini juga, seramai 480 pemilik tidak akan menerima ICS ini tetapi sebaliknya akan menerima notis dari pihak peguam Perbadanan bagi menuntut tunggakan yang tidak pernah dibayar walau sesen pun. Ini langkah pertama Perbadanan bagi menuntut tunggakkan tersebut dan membawa mereka ke makhamah.

Langkah kedua Perbadanan juga merupakan langkah yang sama tetapi kali ini Perbadanan akan menumpu kepada pemilik yang mempunyai tunggakan yang tinggi. Jumlah tunggakan yang akan berdepan dengan notis Perbadanan dan peguam itu nanti akan dimaklumkan kemudian.

Notis Pertama akan dikeluarkan pada bulan awal bulan November 2011 manakala Notis Kedua akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Disember 2011. Kegagalan untuk membuat pembayaran akan memungkinkan anda berhadapan dengan tindakkan peguam Perbadanan yang akan mengeluarkan notis mereka pada akhir bulan Januari 2012.

2011-10-03

Kad Akses (Syarat dan Terma)

Kad akses akan diperkenalkan mulai 1 November 2011. Setiap warga SPV dikehendaki memohon kad tersebut di pejabat pengurusan Blok 3. 

Berikut ialah syarat dan terma permohonan dan penggunaan kad akses. Sila baca dan fahami sebaiknya. Maklumkan hal ini kepada penyewa, jiran, rakan dan ahli keluarga yang menetap di SPV.

(versi Bahasa Inggeris di bawah)

Terma dan Syarat Memohon Kad Akses

1. SILA DAPATKAN BORANG KAD AKSES DARI PEJABAT PERBADANAN DI BLOK 3 ATAU PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN DI PINTU MASUK UTAMA SPV. SILA HANTAR BORANG YANG LENGKAP DIISI KE PEJABAT PERBADANAN.

2. Berkuatkuasa 1 NOVEMBER  2011 semua penduduk Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 dan 6 (SPV) dikehendaki menggunakan kad akses untuk masuk dan keluar dari kawasan SPV.

3. Kad akses hanya boleh dipohon oleh mereka yang tinggal di SPV SAHAJA!

4. Mereka yang menyewa di SPV dikehendaki mendapatkan surat kebenaran/pengesahan yang membuktikan anda adalah penyewa yang sah. Penyewa juga boleh membawa salinan Perjanjian Penyewaan yang ditandatangani oleh tuan rumah untuk memohon kad akses.

5. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama 1 salinan Kad Pengenalan / Pasport (muka depan dan pas/visa terkini) dan sekeping gambar pemohon berukuran passport.

6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Proses undang-undang untuk menuntut caj pengurusan tertunggak

Sebagai makluman, proses untuk membawa 490 pemilik yang langsung tidak pernah membayar caj penyelenggaraan dan pengurusan (MMC) ke mahkamah telah dimulakan. Surat makluman kepada mereka telah dihantar dan salinan kepada pihak Commissioner of Building dan peguam Perbadanan.

Langkah kedua kini ialah untuk menasihati pemilik yang mempunyai tunggakkan melebihi RM1,800 untuk membuat pembayaran. Notis Pertama untuk ini akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi.

Sila berhubung terus dengan Pengerusi JMB, En Azman (012-3910464) untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini.

2011-10-02

Berita Sri Palma Villa dalam MyMetro

Berikut ialah berita tentang warga asing di Sri Palma Villa yang disiarkan di MyMetro pada 1 Oktober 2011. Berita ini telah mendapat perhatian pihak polis dan pihak pengurusan SPV.

Satu operasi telah dibuat pada lewat malam tadi. Beberapa tindakan susulan juga akan diambil bagi membendung masalah ini.

Kerjasama dari semua pemilik dan penghuni amat diperlukan bagi menguatkuasa peraturan dan tindakan baru yang telah dirancang oleh pihak pengurusan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

-----
SEREMBAN: Gelagat warga asing yang sering mengganggu gadis tempatan menimbulkan keresahan di kalangan penghuni termasuk pelajar kolej swasta yang menyewa di Apartmen Sri Palma Villa, Mantin, dekat sini.

Malah, tindakan warga asing dilihat sering berada dalam keadaan mabuk itu dikhuatiri mengancam keselamatan kerana mereka berkemungkinan melakukan perbuatan di luar kawalan.

2011-10-01

Pemotongan bekalan air

Untuk makluman Perbadanan Pengurusan Sri Palma Villa 1,2,3&6 telah mewujudkan unit pemotongan air sendiri.

Kerja2 pemotongan akan dijalankan keatas rumah yang mempunyai baki tertunggak seperti yang ditetapkan perbadanan pada 11 hb pada setiap bulan. Caj penyambungan semula akan dikenakan sebanyak Rm 50.

Diharap semua penghuni dapat menunaikan tanggungjawab bersama.