Kad akses akan diperkenalkan mulai 1 November 2011. Setiap warga SPV dikehendaki memohon kad tersebut di pejabat pengurusan Blok 3.
Berikut ialah syarat dan terma permohonan dan penggunaan kad akses. Sila baca dan fahami sebaiknya. Maklumkan hal ini kepada penyewa, jiran, rakan dan ahli keluarga yang menetap di SPV.
(versi Bahasa Inggeris di bawah)
Terma dan Syarat Memohon Kad Akses
1. SILA DAPATKAN BORANG KAD AKSES DARI PEJABAT PERBADANAN DI BLOK 3 ATAU PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN DI PINTU MASUK UTAMA SPV. SILA HANTAR BORANG YANG LENGKAP DIISI KE PEJABAT PERBADANAN.
2. Berkuatkuasa 1 NOVEMBER 2011 semua penduduk Sri Palma Villa Blok 1, 2, 3 dan 6 (SPV) dikehendaki menggunakan kad akses untuk masuk dan keluar dari kawasan SPV.
3. Kad akses hanya boleh dipohon oleh mereka yang tinggal di SPV SAHAJA!
4. Mereka yang menyewa di SPV dikehendaki mendapatkan surat kebenaran/pengesahan yang membuktikan anda adalah penyewa yang sah. Penyewa juga boleh membawa salinan Perjanjian Penyewaan yang ditandatangani oleh tuan rumah untuk memohon kad akses.
5. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama 1 salinan Kad Pengenalan / Pasport (muka depan dan pas/visa terkini) dan sekeping gambar pemohon berukuran passport.
6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
7. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
a. Kad Lama akses percuma.
b. Kad Baru akan dikenakan deposit RM 50.00 dan bayaran pendaftaran RM 10.00
8. Deposit RM 50.00 hanya akan dipulangkan jika anda memulangkan kad akses dalam keadaan elok dan masih boleh digunakan.
9. Kad akses anda akan disekat sekiranya anda gagal mematuhi undang-undang SPV.
10. Pastikan anda menjelaskan semua cas penyelenggaraan (MMC) dan bil air (WC) bagi mengelakkan kad akses anda disekat. Anda boleh periksa tunggakan anda di Pejabat Perbadanan di Blok 3.
11. Sekiranya kad akses anda rosak atau hilang anda dikehendaki memohon semua kad akses yang baru dan membayar deposit RM 50.00 serta bayaran pendaftaran sebanyak RM 10.00
12. Jangan berikan kad akses anda kepada sesiapa, pihak Perbadanan tidak akan bertanggungjawab sekiranya kad akses anda hilang atau sesuatu terjadi kepada kenderaan anda. Kad akses anda adalah tanggungjawab anda.
13. Pihak Perbadanan berhak menolak permohonan, membatalkan atau menyekat akses kepada penduduk tanpa memberikan sebarang amaran terlebih dahulu.
14. Pihak Perbadanan berhak meminda atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa yang dirasakan perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Semua kenderaan hendaklah diletakkan di dalam kotak yang telah disediakan. Pihak Perbadanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kes kecurian atau kerosakkan pada semua kenderaan dan harta benda anda.
PERBADANAN PENGURUSAN BERSAMA
SRI PALMA VILLA BLOK 1, 2, 3 & 6
Terms and Condition to Apply Access Card
1. PLEASE GET YOUR ACCESS CARD APPLICATION FORM FROM PERBADANAN OFFICE AT BLOCK 3 OR FROM SECURITY GUARD HOUSE LOCATED AT SPV MAIN ENTRANCE. PLEASE SUBMIT THE COMPLETE FORM AT PERBADANAN OFFICE.
2. Starting 1st NOVEMBER 2011 all residents of Sri Palma Villa Block 1, 2, 3 and 6 (SPV) will need to use access card to enter and exit SPV area.
3. Only residents of SPV can apply for this access card!
4. Tenants will need to submit a verification letter from their house owner verifying that they’re staying in that unit. Tenants may also bring a copy of their Tenancy Agreement signed by their house owner as proof.
5. Each application must be submitted together with a copy of the applicant Identity Card / Passport (front page and latest pass/visa page) and a passport-sized photograph of the applicant.
6. Incomplete application will not be process.
7. Fee charged are as below:
a. Old Cards Free charged processing
b. New Cards will be charged a RM 50.00 deposit and RM 10.00 processing fee
8. The RM 50.00 deposit will be given back only after you return the access card in good and working condition.
9. Your access card will be blocked if you fail to comply with the SPV law.
10. Make sure you pay all maintenance charges (MMC) and the water bill (WC) to prevent your access card being blocked. You can check your arrears at Perbadanan Office in Block 3.
11. If your access card is damaged or lost you have to apply a new access card and pay RM 50.00 deposit and RM 10.00 processing fee again.
12. Do not give your access card to anyone, Perbadanan shall not be responsible if you lose your access card or something happens to your vehicle. Your access card is your responsibility.
13. Perbadanan reserve the rights to reject any application or block access to any residents without prior notice.
14. Perbadanan reserve the rights to add or amend this Terms and Conditions when needed without giving any notice.
All vehicles must be park inside the parking area provided. Perbadanan will not be responsible on any theft cases or damages done to your vehicles and your property.
Saya Ada masalah dengan broker rumah yang tipu. Saya mintak agreement letter tpi tak Ada. Bil API Dan air tertunggak banyak sebelum saya sewa. Bila nak berckp dgn owner rumah, saya di marah. Boleh Bantu saya? Saya mmg nak menyewa di spv
ReplyDeleteBerurusan hanya dengan agen yang sah. Jika perlukan bantuan, boleh ke pejabat pengurusan di blok 3.
ReplyDelete