2011-10-11

Kemaskini Kutipan MMC


“Invoice Cum Statement (ICS)” bagi kutipan MMC hingga Disember 2011 sedang dicetak dan akan diposkan dalam sedikit masa lagi.

Sukacita sekiranya tuan dapat membuat pembayaran dengan seberapa segera bagi membolehkan Perbadanan ini melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang berterusan.

Pada bulan ini juga, seramai 480 pemilik tidak akan menerima ICS ini tetapi sebaliknya akan menerima notis dari pihak peguam Perbadanan bagi menuntut tunggakan yang tidak pernah dibayar walau sesen pun. Ini langkah pertama Perbadanan bagi menuntut tunggakkan tersebut dan membawa mereka ke makhamah.

Langkah kedua Perbadanan juga merupakan langkah yang sama tetapi kali ini Perbadanan akan menumpu kepada pemilik yang mempunyai tunggakan yang tinggi. Jumlah tunggakan yang akan berdepan dengan notis Perbadanan dan peguam itu nanti akan dimaklumkan kemudian.

Notis Pertama akan dikeluarkan pada bulan awal bulan November 2011 manakala Notis Kedua akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Disember 2011. Kegagalan untuk membuat pembayaran akan memungkinkan anda berhadapan dengan tindakkan peguam Perbadanan yang akan mengeluarkan notis mereka pada akhir bulan Januari 2012.



Proses ini adalah proses berpanjangan dan matlamat Perbadanan adalah untuk mengurangkan caj MMC di Mesyuarat Agung Tahunan Ke Lima nanti. Ini bergantung kepada kutipan MMC yang Perbadanan terima sehingga 31 Mac 2012.

Saya amat berharap agar kita semua dapat berkerjasama dalam menjalankan tanggungjawab membayar caj MMC tersebut sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Jualbeli dan juga Akta 663/2007.

Sila juga ambil maklum mengenai cukai tanah yang perlu dibayar kepada pihak Pejabat Tanah Daerah iaitu sebanyak RM149.42 untuk cukai dari tahun 2007 hingga 2011. Jumlah ini penting perlu disegerakan pembayarannya.

Azman Badaruddin
Pengerusi

No comments:

Post a Comment